Monday, March 21, 2011

Punca Peningkatan Jenayah Ragut

1. Kecuaian orang ramai tentang keselamatan diri dan barangan berharga - gagal mengikuti / mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa berada di tempat terbuka atau di tempat awam - menunjuk-nunjuk barangan berharga atau wang - membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut - letak beg tangan dalam bakul motosikal yang terdedah/ m,enyandang beg tangan di bahu tanpa di pegang/meletak barangan berharga di dalam kereta yang mudah dilihat peragut cth. beg tangan di atas tempat duduk kereta / berjalan mengikut arus trafik menyebabkan mangsa gagal peragut yang datang dari arah belakang - berjalan bersendirian di tempat sunyi - salah anggapan bahawa kawasan yang biasa dilalui adalah selamat - anggap mereka tidak akan menjadi mangsa.

2. Penguatkuasaan undang-undang antijenayah yang kurang berkesan - kehadiran anggota keselamatan yang berpakaian seragam/kereta peronda mudah dikesan peragut - kawasan operasi peragut terlalu luas - anggota keselamatan ada tugas lain dan kekurangan tenaga - peragut bijak mengelak dikesan anggota keselamatan - sukar menangkap/menahan peragut kerana kejadian berlaku pantas dan ditempat yang sesak-lagipun peragut menggunakan motosikal dan berkumpulan.

3. Pengangguran dan masalah penagihan dadah - semakin ramai orang yang menganggur dan menagih dadah semakin banyak kes ragut berlaku - statistik menunjukkan 90 % peragut merupakan golongan penganggur , manakala 85% penagih dadah. Jumlah penagih dadah memang semakin meningkat di negara ini - meragut menjadi punca pendapatan untuk membeli dadah atau menyara diri - meragut juga merupakan jalan mudah untuk mendapat wang segera yang banyak - ada peragut yang menjadi kaya-raya dengan jenayah yang dilakukan mereka.

4. Keruntuhan akhlak dan longgarnya pegangan agama - semakin banyak orang hari ini yang rendah akhlak dan terlibat dengan pelbagai masalah sosial -mereka juga semakin menjauhi ajaran agama yang dianggap penghalang kepada kehidupan bebas - meragut bagi mereka bukan satu dosa yang perlu difikirkan sedangkan diri mereka bergelumang dengan pelbagai dosa besar yang lain seperti berzina, minum arak, mengambil dadah, membunuh, dan sebagainya.

1 comment: