Thursday, March 3, 2011

Struktur ayat yang Salah

1. Shah Khir Khan seorang pelakon yang hebat di mana beliau boleh berlakon, menari, dan melakukan aksi lagak ngeri.

2. Tom Khir tidak tahu siapa pemuda yang telah menyelamatkan kudanya.

3. Chef Khir Toress menunjukkan bagaimana kek keju dibuat.

4. Banyak orang tidak tahu berapa jumlah kuda Khir Raja.

5. Ladang khinzir Tan Ah Hir yang mana terletak di Paya Mengkuang ialah ladang khinzir terbesar di Asia Tenggara.

6. Cikgu Khir tidak dapat memberi alasan mengapa dia enggan menjawab soalan Cikgu Marina.



NOTA: Struktur ayat penyata akan menjadi salah jika di dalamnya terdapat unsur kata tanya atau ayat tanya

2 comments:

  1. Guru bertanya kepada murid apakah yang mereka lihat pada gambar tersebut...

    Sila komen ayat di atas..hehehe

    ReplyDelete
  2. apasal komen saya tak keluar ha?

    Ayat cikguru salah struktur kerana menggunakan struktur ayat pasif ganti nama diri pertama dan kedua.
    Ayat itu sepatutnya : Guru bertanya kepada muridnya apakah yang dilihat oleh mereka dalam gambar tersebut.

    Struktur ayat pasif yang digunakan oleh cikguru akan menjadi tepat jika ganti nama diri ketiga 'mereka' digantikan dengan ganti nama diri pertama atau kedua.

    Contoh : Guru bertanya kepada Nana apakah yang
    dia lihat dalam gambar itu.

    wokay, sebar-sebarkan.

    ReplyDelete