Thursday, February 24, 2011

Mengapa Masyarakat Semakin Hilang Nilai Murni

Penyataan Isu
Cepat marah, bercakap bohong, kurang ajar, dan biadap merupakan sebahagian kecil nilai buruk yang banyak diamalkan oleh sesetengah anggota masyarakat kita. Nilai buruk ini menggantikan nilai murni, seperti sabar, beradap, sopan-santun, jujur dan amanah, dan sebagainya yang dahulunya menjadi amalan hidup mayarakat. Nilai murni yang semakin tidak diamalkan ini telah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku dan semakin meningkat jumlah dalam masyarakat, misalnya jenayah, penipuan, buang bayi, penagihan dadah, pergaulan bebas, seks bebas, dan sebagainya. Masalah kekurangan nilai murni bertambah serius pada masa ini kerana masalah ini telah menular dalam pelbagai peringkat masyarakat baik yang tua mahupun yang muda. Masalah ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.
PUNCA MASALAH
1. Keruntuhan institusi keluarga
Banyak keluarga porak-peranda, pecah-belah, dan mengalami krisis pada hari ini- kes perceraian dan masalah rumah tangga yang dirujuk ke mahkamah meningkat - gagal memenuhi tanggungjawab sebagai role-model pengamalan dan penghayatan nialai murni - banyak nilai buruk diamalkan dalam sesebuah institusi keluarga yang mengalami keruntuhan - bercakap kasar, biadap, pemarah, berbohong - perkara lumrah dalam keluarga yang tidak bahagia.

2. Menjauhi ajaran dan nilai agama
Semakin banyak anggota masyarakat memandang remeh ajaran dan nilai agama - agama dianggap penghalang untuk mencapai kemodenan, kemewahan, keseronokan, dan kebebasan.
Masyarakat yang tidak mempedulikan ajaran agama mempunyai jiwa dan akhlak yang rosak.
Sudah tentu masyarakat begini semakin hilang nilai murninya.

3. Budaya hidup materialistik yangsemakin tebal turut menjadi punca masyarakat semakin kurang mengamalkan nilai murni - semua cara boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita materialistik mereka hatta menipu, pecah amanah, membunuh, dan sebagainya.

4. Budaya individualistik yang semakin tebal - kepentingan diri sendiri lebih mustahak orang lain jangan ambil pusing - prinsip orang individualistik begini sudah lumrah - ini mencetuskan budaya kurang ajar, biadap, khianat, dan sebagainya

Wednesday, February 23, 2011

Generasiku 1

Generasiku generasi kutu
rupa mereka sudah macam hantu
bertenggek bukan lagi di pokok tetapi di tembok batu
kalau terjumpa lebih baik jangan dipandang
kerana hantu ini fikirannya banyak yang sedang terbang
takut-takut diajaknya kamu bersembang
nanti dengan kamu-kamu tak tahu jalan pulang.

Generasiku generasi kutu
suruh mengaji haram tak tahu
terketar-ketar baca fatihah silap-silap alif ba ta pun begitu
Islamnya hari Jumaat sudahlah tentu
kalau ditanya katanya ini semua salah makbapak aku
hmm...pi mai pi mai tang tu

Gasak Tak Tahu

Ada ramai pelajar yang tidak begitu cerdik semasa mereka menjawab soalan dalam peperiksaan walaupun sebenarnya mereka telah dibekalkan ilmu yang cukup oleh guru. Pelajar seperti ini selalunya gagal mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan apabila menjawab soalan.Banyak rahsia untuk memikat pemeriksa telah didedahkan kepada pelajar namun jawapan pelajar masih lemah.

Hal ini boleh diumpamakan kisah seorang peserta pertandingan membuat kek. Sebelum pertandingan, peserta ini berusaha untuk belajar membuat kek yang sedap dan cantik. Dia sanggup merantau ke tempat yang jauh untuk mendapat ilmu membuat kek. Dia rajin melayari internet. Lebih dahsyat lagi, dia berusaha untuk mengenal pasti para hakim yang akan menghakimi pertandingan itu. Hakim pertama yang ditemuinya di Pulau Pinang mengatakan bahawa beliau akan memberi markah yang tinggi kepada peserta yang boleh menghasilkan kek yang warnanya tidak terang, manakala hakim kedua yang ditemui di Kuala Lumpur pula mengatakan bahawa beliau suka kek yang ada buah-buahan dan sangat benci dengan kek yang ada bunga. . Hakim ketiga yang ditemui di Sarawak pula mengatakan bahawa beliau akan memberi markah yang tinggi untuk kek keju yang diselaputi coklat.

Nah, waktu hari pertandingan dilangsungkan, peserta yang kurang cerdik ini membuat kek berwarna merah dan hijau yang terang-benderang, dia letakkan bunga di atas kek itu. Dia membuat sebiji kek keju yang kelihatan cantik.

Bolehkah peserta ini menang pertandingan tersebut? Markahnya tinggikah?

Jawapannya ada pada anda semua. Pengajarannya ialah taat kepada guru dan ilmu serta kemahiran yang diberi...janganlah pada hari peperiksaan berlangsung semua ilmu dan ajaran guru dicampakkan sebaliknya anda berpegang pada buku ramalan soalan semata-mata dan menggunakan teknik-teknik menjawab soalan daripada orang yang kurang berwibawa dan tidak dapat dipertanggungjawabkan.

Tuesday, February 22, 2011

Teknik Menulis Kesimpulan yang Boleh Menghasilkan 3 Markah

1. Nyatakan pendirian anda dengan jelas dalam ayat pertama.

Contoh : Kesimpulannya, laman sosial seperti Facaebook, Twitter, dan Myspace memang tidak dapat dinafikan mengundang keburukan yang lebih banyak kepada masyarakat. Kesan buruk yang timbul pula bukan sahaja diterima oleh individu yang menyertainya malahan akan menjejaskan keharmonian masyarakat dan negara.

2. Nyatakan cadangan anda secara umum.

Contoh : Anggota masyarakat mesti mengambil pengajaran daripada peristiwa buruk yang pernah berlaku di seluruh dunia gara-gara laman sosial tersebut.

3. Nyatakan harapan anda.
Contoh : Pihak berkuasa diharapkan dapat memainkan peranannya untuk mengawal dan memantau laman sosial ini supaya rakyat dan negara ini terhindar daripada musibah yang mungkin berlaku akibat daripada berleluasanya laman sosial ini.

4. Ayat 'kerjasama' yang terkenal itu jangan lupa ditulis.
Contoh : Semua pihak harus berganding bahu dan saling menyokong untuk memastikan masalah sosial ini dapat ditangani dengan berkesan.

Thursday, February 17, 2011

jauhnya mahligai taqwa
menemukan cinta aku dan dia
seperti air sungai yang kembali ke laut
berpelukan bercumbu mesra

Ubat Bahasa

Ramai calon STPM masih tidak tahu imbuhan 'me' yang patut digunakan untuk perkataan-perkataan bahasa Melayu yang mempunyai hanya satu suku kata. Berikut saya senaraikan sebahagian perkataan itu.
1. bom - mengebom
2. cat - mengecat
3. cop - mengecop
4. syor - mengesyorkan
5. syak - mengesyaki
6. tut - mengetut
7. had - mengehadkan
8. ya - mengeyakan
9. lap - mengelap

Imbuhan 'menge' hendaklah digunakan apabila menerima kata akar yang mempunyai satu suku kata.

Monday, February 14, 2011

Punca Kemalangan Motosikal

1. Ramai penunggang motosikal tidak ada lesen menunggang motosikal - hal ini menyebabkan mereka tidak tahu cara-cara menunggang motosikal yang betul - tidak pernah mengikuti kursus yang diwajibkan kepada pemohon lesen kenderaan - mereka juga tidak tahu peraturan dan undang-undang jalan raya - banyak terdiri daripada warga emas, pelajar sekolah, dan suri rumah.

2. Sikap penunggang motosikal yang cuai dan mengabaikan keselamatan diri - bawa penumpang atau muatan berlebihan dengan cara yang berbahaya, tidak menyelenggara motosikal seperti gagal membaiki kerosakan brek dan lampu isyarat, - semua ini menyebabkan motosikal tidak dapat dikendalikan dengan baik dan mengakibatkan nahas berlaku.

3. Saiz motosikal yang kecil mendedahkan penunggang kepada bahaya kemalangan dengan kenderaan lebih besar - baik mereka berhati-hati dan berhemah, sedikit kecuaian pemandu kenderaan besar yang lain akan menyebabkan penunggang motosikal menjadi mangsa.
Contohnya, ramai penunggang motosikal dilanggar kenderaan lain yang terbabas atau yang gagal berhenti di lampu isyarat.

4. Berlumba dan merempit - memecut motosikal dengan kelajuan tinggi yang menyebabkan motosikal gagal diberhentikan apabila ada kecemasan , - menunggang dengan gaya ala stunman yang menyebabkan motosikal sukar dikawal.

Ugly Truth

aku memangnya hidup dalam penipuan
aku menipu untuk mengambil hati
aku menipu untuk melepaskan diri
aku menipu untuk dipuji
aku menipu diri untuk menghilang resah di hati
dahsyatnya aku menipu Allah mohon diberkati...

Saturday, February 12, 2011

Huraian Isi Karangan Yang Memperoleh 3 markah

Kehendak Soalan - Punca Bunuh Diri

Bunuh diri boleh berlaku akibat kekurangan didikan agama. Orang yang kurang didikan agama tidak dapat membezakan perbuatan yang haram di sisi agama. Mereka yang membunuh diri tidak mengetahui bahawa perbuatan itu dilarang oleh agama. Selain itu, orang yang tidak kukuh pegangan agamanya mudah hilang pedoman apabila mereka menghadapi masalah dan tekanan. Mereka menganggap perbuatan bunuh diri merupakan penyelesaian kepada bebanan jiwa yang dihadapi oleh mereka. Mereka tidak tahu untuk menyelesaikan masalah dan tekanan melalui pendekatan agama seperti meningkatkan bersolat dan melakukan amal ibadat yang lain. Lebih malang lagi, sesetengah individu yang membunuh diri ini, menganggap Allah atau Tuhan tidak berlaku adil dan tidak menyanyangi mereka.


Kekuatan

1. Ada isi utama yang jelas dan dinyatakan dalam ayat pertama.

2. Huraian berfokus kepada sebab-sebab orang yang kurang didikan agama akan membunuh diri apabila menghadapi tekanan

3. Huraian jelas manakala contoh relevan dapat diutarakan.

4. Jumlah perkataan cukup antara 80-100.

Thursday, February 10, 2011

Punca Bunuh Diri



1. Tekanan emosi - berlaku kemurungan yang menyebabkan akhirnya orang terbabit berhalusinasi - bunuh diri dianggap penyelesaian kepada tekanan berat yang ditanggung - psikologi yang tidak mantap ini mungkin berpunca daripada masalah peribadi seperti putus cinta, terlibat dengan masalah kewangan, konflik keluarga, bebanan kerja, dan sebagainya.

2. Pengaruh dadah dan alkohol - khayal dan berhalusinasi - penyanyi utama kumpulan heavy metal terkenal dunia Dio dikatakan membunuh diri kerana pengambilan dadah. Mendiang dikatakan terjun daripada sebuah bangunan kerana dipergaruhi lirik lagunya selepas mengambil heroin.

3. Kurang didikan dan pegangan agama - tidak tahu hukum membunuh diri - tiada ketenangan jiwa meyebabkan mudah mengalami kemurungan dan tekanan - gagalm menyelesaikan masalah melalui pendekatan agama kerana diri mereka terlalu jauh daripada ajaran agama itu sendiri. Tiada benteng yang menghalang mereka, sebaliknya hidup dan mati mereka berpandukan akal dan hawa nafsu. Oleh itu, bunuh diri menepati logik akal dan nafsu.

4. Pengaruh media massa - banyak menyiarkan dan mensensasikan berita tentang bunuh diri - filem dan drama baik tempatan mahupun luar negara tonjolkan bunuh diri sebagai penyelesaian, cth, CSI, filem Tamil dan Hong Kong,dll. - internet memang banyak gambar dan cerita temntang bunuh diri - mereka yang tertekan boleh terpengaruh dengan berita dan gambar bunuh diri yang disensasikan.

Contoh Isi dan Huraian Karangan Yang Dapat 1 markah

Kehendak Soalan - Punca Bunuh Diri

Individu yang terbabit dalam kejadian bunuh diri mempunyai didikan dan pegangan agama yang lemah. Agama merupakan kepercayaan yang membantu seseorang mengenali perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun hari ini ramai orang sudah melupakan ajaran agama malahan agama dianggap sebagai penghalang kepada kebebasan dan kemajuan. Ada yang berpendapat bahawa agama tidak penting dalam kehidupan. Oleh sebab itu, mereka melakukan apa-apa sahaja menurut kehendak hawa nafsu mereka. Dengan itu pelbagai masalah sosial berlaku dalam kalangan masyarakat, seperti penagihan dadah, rogol, vandalisme, dan sebagainya. Pegangan agama perlulah dikukuhkan dalam kalangan generasi muda sejak mereka kanak-kanak lagi. Dengan ini masalah bunuh diri dapat diatasi.

Kekuatan Calon
1. Idea utama dapat dinyatakan dengan jelas dalam ayat pertama. Ini sesuatu yang sangat bagus.
2. Jumlah perkataan cukup iaitu antara 80-100 patah perkataan.

Kelemahan Calon
1. Huraian tidak berfokus kepada persoalan bagaimana tanpa pegangan agama seseorang itu boleh membunuh diri.
2. Contoh yang diberi langsung tidak menyentuh kehendak soalan.
3. Ada bahagian huraian yang terkeluar daripada kehendak soalan iaitu calon memberikan idea tentang langkah mengatasi masalah.
4. Huraian banyak bersifat umum - ini menjauhkan calon daripada fokus kepada kehendak soalan.
5. Keseluruhannya calon gagal memberi mesej yang jelas kepada pembaca.


Wednesday, February 9, 2011

Penyebab Banjir



1. Perubahan cuaca - musim monsun membawa kapasiti hujan yang amat tinggi - wujud pula taufan yang membawa hujan lebat - tempoh hujan semakin lama ( 48 jam sudah menjadi tempoh hujan yang biasa pada musim tengkujuh/monsun) - mnsun barat daya dan monsun timur laut - biasa membawa hujan lebat berterusan yang boleh menyebabkan banjir berlaku.

2 Sungai cetek - banyak sungai menghadapi masalah untuk menampung kapasiti hujan yang luar biasa - mendapan lumpur akibat hakisan tebing sungai dan hakisan tanah hutan yang digondolkan mencetekkan sungai - aliran sungai pula perlahan atau langsung tersekat kerana tersekat oleh sampah sarap,sisa pembalakan, dll. Sungai di negara ita juga semakin sempit kerana ditambak tebingnya demi kegiatan manusia seperti perumahan dan kegiatan riadah

3. Banyak kawasan permukaan bumi sudah tidak dapat menampung air hujan - terlalu banyak kawasan tadahan hujan dijadikan kawasan pembangunan ( industri dan petempatan), lebuh raya dan sebagainya - lebih banyak air hujan akan masuk ke dalam sistem saliran seperti longkang, parit dan sungai- air melimpah menyebabkan kawasan rendah mengalami banjir.

4. Sistem saliran dan perparitan serta pengurusan empangan tidak bagus/idak sempurna/ ada kelemahan - parit longkang sungai tak diselenggara supaya sentiasa dalam, bersih dan mengar deras. Pihak pengurusan empangan tak peka dengan sistem saliran - melepaskan air pada masa air di kawasan rendah sudah penuh - air sepatutnya dilepaskan sebelum banjir.

Monday, February 7, 2011

Alih Bahasa

Salah Tu Bro
1. Shah Khir Khan : Kamu memang degil dan suka menaikkan kemarahan aku, Bieber".

Dengan perasaan marah SKK mengatakan bahawa Bieber memang seorang yang degil dan suka menaikkan kemarahannya.
Jawapan ini ada unsur ulasan atau tafsiran pada frasa yang dihitamkan itu.

2. " Abang Khir tu mempunyai lapan buah kereta mewah, 1000 ekar ladang getah, 100 buah rumah sewa, saham , bot mewah dan bermacam-macam harta benda yang mahal", kata Kiki kepada bekas teman lelakinya.

Kiki memberitahu bekas teman lelakinya bahawa abang Khir merupakan seorang hartawan.

Jawapan ada unsur ulasan pada frasa yang dihitamkan.

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial

Kebaikan
1. boleh mendapat lebih ramai kawan dan pada masa yang sama dapat menghubungi semula kenalan lama yang mungkin telah terputus hubungan.
2. perniagaan dapat dijalankan melalui laman sosial dengan cara memperkenalkan sesuatu produk/perkhidmatan sekali gus mengiklankannya.
3. laman sosial sebagai medium hebahan pelbagai maklumat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial - sangat berkesan kerana rangkaiannya yang meluas dan diminati ramai.

Keburukan
1. Pencerobohan hak peribadi oleh individu yang tidak bertanggungjawab - menimbulkan ketakutan, gangguan emosi dan mungkin juga jenayah.
2. Mengganggu produktiviti atau apa-apa sahaja atau tugas hakiki/ tanggungjawab utama (core business) seseorang baik pelajar mahupun pekerja . Berpunca daripada obses/ketaksuban/ketagihan ,melayari laman sosial - akhirnya melalaikan tanggungjawab - membuang masa.
3.Masalah kesihatan - terlalu lama mengadap komputer menjejaskan kesihatan mata, tulang, kesihatan mental.- - senaman atau aktiviti riadah sudah dipinggirkan.
4. Wujud masyarakat pasif yang bergantung pada hubungan secara maya sesama anggota masyarakat - kurang bergaul dan bertemu mesra