Ramai calon STPM masih tidak tahu imbuhan 'me' yang patut digunakan untuk perkataan-perkataan bahasa Melayu yang mempunyai hanya satu suku kata. Berikut saya senaraikan sebahagian perkataan itu.
1. bom - mengebom
2. cat - mengecat
3. cop - mengecop
4. syor - mengesyorkan
5. syak - mengesyaki
6. tut - mengetut
7. had - mengehadkan
8. ya - mengeyakan
9. lap - mengelap
Imbuhan 'menge' hendaklah digunakan apabila menerima kata akar yang mempunyai satu suku kata.
mengeyakan atau mengiyakan???
ReplyDeleteapa beza mengeyakan dan mengiyakan?dari sudut penggunaannya?
ReplyDeleteSebenarnya kata kerja 'mengiyakan' tidak ada dalam bahasa Melayu. Kata akar bagi kata kerja itu ialah 'ya'. Selalunya 'ya' muncul dalam ayat cakap ajuk, cth: "Nanakah yang merebus telur itu?" tanya Khir. "Ya" kata Nana. Apabila ayat cakap ajuk itu ditukar kepada ayat cakap pindah, ayat akan menjadi - Nana mengeyakan pertanyaan Khir. Prinsip yang perlu dingati ialah semua perkataan bahasa Melayu yang dieja dengan satu perkataan sepatutnya menggunakan imbuhan "menge" bukan "meng"
ReplyDeletetq cikgu..penerangan yg jelas bserta contoh lagi..hehe..dulu saya sering guna 'mengiyakan' dalam penulisan..
ReplyDeleteIlmu yang tidak disebarkan umpama pokok yang tidak berbuah...maka tiadalah pula benihnya...andai pokok itu berbuah dan berbenih, pokoknya bertambah banyak...harap-harap ramailah pula yang akan mendapat manfaatnya
ReplyDelete