Thursday, February 10, 2011

Contoh Isi dan Huraian Karangan Yang Dapat 1 markah

Kehendak Soalan - Punca Bunuh Diri

Individu yang terbabit dalam kejadian bunuh diri mempunyai didikan dan pegangan agama yang lemah. Agama merupakan kepercayaan yang membantu seseorang mengenali perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun hari ini ramai orang sudah melupakan ajaran agama malahan agama dianggap sebagai penghalang kepada kebebasan dan kemajuan. Ada yang berpendapat bahawa agama tidak penting dalam kehidupan. Oleh sebab itu, mereka melakukan apa-apa sahaja menurut kehendak hawa nafsu mereka. Dengan itu pelbagai masalah sosial berlaku dalam kalangan masyarakat, seperti penagihan dadah, rogol, vandalisme, dan sebagainya. Pegangan agama perlulah dikukuhkan dalam kalangan generasi muda sejak mereka kanak-kanak lagi. Dengan ini masalah bunuh diri dapat diatasi.

Kekuatan Calon
1. Idea utama dapat dinyatakan dengan jelas dalam ayat pertama. Ini sesuatu yang sangat bagus.
2. Jumlah perkataan cukup iaitu antara 80-100 patah perkataan.

Kelemahan Calon
1. Huraian tidak berfokus kepada persoalan bagaimana tanpa pegangan agama seseorang itu boleh membunuh diri.
2. Contoh yang diberi langsung tidak menyentuh kehendak soalan.
3. Ada bahagian huraian yang terkeluar daripada kehendak soalan iaitu calon memberikan idea tentang langkah mengatasi masalah.
4. Huraian banyak bersifat umum - ini menjauhkan calon daripada fokus kepada kehendak soalan.
5. Keseluruhannya calon gagal memberi mesej yang jelas kepada pembaca.


No comments:

Post a Comment