Friday, April 29, 2011
Minda Pengarang: Wanita luar bandar perlu latihan khusus tingkat pendapatan
2010/12/10
PARA 1PERANAN wanita hari ini dalam membangunkan negara sama pentingnya dengan lelaki. Sebab itulah kerajaan tidak pernah sama sekali mendiskriminasi wanita di negara ini kerana mereka juga mempunyai peranan penting dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.
PARA 2
Dalam apa juga program kerajaan, wanita tidak pernah dipinggirkan. Kewujudan kementerian khusus untuk wanita iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ialah bukti kerajaan tidak mengabaikan peranan wanita, sebaliknya mengiktiraf sumbangan mereka.
PARA 3
PARA 4
Itulah antara matlamat kerajaan seperti ditegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melahirkan lebih ramai wanita berkemahiran sekali gus meningkatkan pendapatan dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Timbalan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucap utama pada Sidang Kemuncak Wanita 2010 kelmarin, yakin wanita dapat membantu kerajaan mengharungi persaingan ekonomi global jika mereka diberi kemahiran yang bersesuaian.
PARA 5
Seiring dengan misi negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, sewajarnya pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik diperkasakan. Penyertaan wanita dalam tenaga kerja di negara ini berjaya ditingkatkan daripada 44.7 peratus pada 1995 kepada 46.4 peratus pada 2009 dan sasaran sehingga 55 peratus menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).
PARA 6
Selain meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja, menambah bilangan wanita pada peringkat pembuat dasar serta menyediakan program sokongan kepada wanita teraniaya dan ibu tunggal perlu dilaksanakan sebagai satu usaha berterusan. Sasaran untuk meletakkan kira-kira 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dan dasar dalam kerajaan hampir tercapai berikutan komitmen kerajaan untuk terus mengiktiraf kebolehan mereka.
Bagi wanita yang tinggal di luar bandar terutama di kampung, satu program latihan khusus perlu dilaksanakan bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan. Langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan pelbagai skim meningkatkan potensi dan kemahiran wanita luar bandar supaya mereka mampu menyertai sektor pekerjaan bagi menambah pendapatan keluarga.
PARA 7
Menyediakan mereka dengan kemahiran bersesuaian dapat memastikan kehidupan mereka lebih terjamin. Kita percaya semua usaha kerajaan itu termasuk untuk melahirkan 4,000 usahawan wanita menjelang 2012 di luar bandar dapat direalisasikan.
Jawapan Rumusan akan diberi selepas pelajar memberi jawapan sama ada melalui email atau comment. Jawab para demi para.
Saturday, April 23, 2011
Quotes of The Day
on the wall of failure and give up
glory and victory were names i"ll like to write
blood and tears shall spill shall dried
never i say quit never i say bye.
Khirjohariamajid@blogspot.com
Friday, April 22, 2011
Money Didn't Buy Happiness
I woke up this feeling a little tired. But i quickly make up my mind that today is the same with the days I've been living for the past 20 years. The only difference is, today i'm the one who take a bath first, not my sweetie. We woke up late because the alarm of mobile telephone has not been set. Its my fault. I usually checked the telephone before retired, but last night my mind was badly battered by the fact that i've spent RM1000 for my Estima. Perghhh...its keep hanging in me mind the whole afternoon, wondering how much do i have to spent for the car.
Kebaikan Hospital Swasta (HS)
1. Pelanggan mendapat perkhidmatan yang berbaloi dengan kos - tingkat profesionalisme yang tinggi diamalkan di HS-etika kerja dan budaya kerja korporat selalu menjadi panduan kakitangan baik di peringkat pakar mahupun perkerja sokongan - contohnya, layanan khdmat kaunter yang mesra pelanggan, doktor yang berhemah, dll - ini membolehkan pesakit menerima rawatan dengan cepat dan lebih berkesan - jarang kes pelanggan dilayan dengan buruk berl;aku di HS berbanding Hospital Kerajaan (HK).
2. Rawatan lebih cepat dapat diperoleh pesakit - tiada kuota dan waktu menunggu - rawatan boleh dibuat serta merta tanpa temu janji - contoh rawatan jantung di IJN perlukan masa menunggu berbulan-bulan lamanya - HS boleh buat pembedahan jika pesakit mampu membayarnya.
3. Kemudahan hospital yang lebih selesa disediakan HS berbanding HK - wad - sekuriti - pakar - poliklinik - persekitaran bersih, cantik
Thursday, April 21, 2011
Good Advice
A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man.
Lana Turner
Jawapan Rumusan Para 5
Kedua-dua kementerian perlu membuat unjuran yang lebih tepat bagi memenuhi permintaan guru opsyen berkenaan di semua sekolah. Jika unjuran semasa bagi memenuhi kuota pengambilan guru opsyen berkenaan hanya 50 orang, adalah pengambilan guru pelatihtidak wajar dibuat melebihi daripada unjuran berkenaan. Sewajarnya guru pelatih itu ditawarkan opsyen lain yang dikenal pasti berlaku kekurangan, sebelum mereka diterima masuk menjalani latihan. Kita berharap jawatankuasa bersama antara dua kementerian terbabit dapat mencari kaedah dan penyelesaian terbaik agar masalah lebihan guru tidak berulang pada masa depan.
Lucky Dad
My older daughter, Nina once claimed that her lips and also her sister, are getting black day by day. I just listen to her as i listen to her critics, and complained etc the bother day. But then i heard something that catch my ears. She claimed that the smoke from my cigaretes have blacken the lips. Can you believe that! What do smoke from the cigaretes have to do with the black lips? Why don't she blamed smokes from other thing such as cars, industries. mills, open burning activities etc? I feel offended. And the worst thing is, she got votes from my wife and my second daughter, Khairiah. Is Nina tried to tell me something. I think i knew!
When Khairiah celebrated her sixth and seventh birthday, she refused a present. My wife and i were so surprised. How could a sixth years old kid refused a present on her birthday? It never cross my mind that she have an agenda. So on the day we celebrated her birthday she just pulled the trigger. " I want my father to quit smoking as my birthday present" What? I have no word to say as i know Khairiah speak from her heart. She is a kind and soft hearted person. Khairiah once cried frantically from her sleep. When we ask why is she crying, she said that she was scared that i will die someday. So when she ask me a present like that, i've nothing to say, until today, i only can promise her that I'll some how fulfill her wish.
Wednesday, April 20, 2011
Jawapan Rumusan Para 4
Kita percaya, tentunya ada guru yang kecewa dan hilang semangat kerana terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi kepakaran mereka. Jika dipaksa mengajar bidangyang tidak diminati, ia bukan saja boleh menghilangkan semangat guru terbabit, malah prestasi pelajar juga akan turut terjejas.Penjelasan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa lebihan guru terbabit bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar kedudukan masalah itu. Lebihan guru itu berlaku sebenarnya disebabkan penempatan untuk mengajar belum dibuat. Graduan bagi opsyen Sains dan Matematik itu belum ditawarkan penempatan berikutan lebihan penawaran guru subjek terbabit di seluruh negara. Justeru, kita harap Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang diwujudkan dapat mencari penyelesaian bagi menangani masalah itu.
Senaraikan intipati yang relevan untuk idea-idea yang telah ditandakan untuk anda.
Trapped!
Today is the seventh day. I'm doing quite well. My desire to smoke has gone down. I didn't feel the way it was six days before. But it didn't come easy. I have taken 2 strip of nikotine tablets already. A strip contain 12 tablets. It burns my throat ( haha is the spelling right?) , the way smoke from the cigaretes burns. Those nicotine inside the tablets make me feel like i'm smoking but not in the way i like it. It chokes my throat. Today i'm trying not to take anymore nicotine tablets. Now i know what nicotine can do to my body. Month before today, i actually tell myself that i should quit. If it's not now, when? So, the other night a week ago whil;e having dinner with my sweet wife, i told her that i want to quit smoking. She is not surprise! But as usual took the opportunity to trap me with my own game. " I'll buy you nicotine tablets tommorrow or if you want it , we could buy it after dinner", that was the response i got. Trapped! I got trapped. End of the road. No way of turning back, i thought! What am i doing? Am i totally an idiot? i think i'm!
Tuesday, April 19, 2011
Jawapan Rumusan Para 3
Disebabkan guru subjek berkenaan berlebihan, ada antara mereka terpaksa mengajar subjek lain yang tiada kena-mengena dengan opsyen mereka ketika menjalani latihan. Guru yang memiliki kepakaran mengajar subjek Fizik, Kimia dan Biologi diarah mengajar subjek lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris, sudah tentu menimbulkan masalah dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan itu juga pastinya mengecewakan ibu bapa yang mengharapkan anak mereka diajar oleh guru yang mahir dan pakar dalam subjek tertentu.
Intipati
1. Guru terpaksa mengajar subjek yang bukan opsyen mereka.
2. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan timbul
3. akan mengecewakan ibu bapa
4. apabila guru diarahkan mengajar subjek yang lain. 3/4
Kebaikan Berhenti Merokok
1. Jimat duit - ada peluang hendak menyimpan wang - sebulan paling kurang RM300 -wang juga dapat dijimatkan untuk kos perubatan akibat merokok - pembaziran dapat dielakkan.
2. Bertambah sihat - tiada masalah pernafasan - banyak penyakit dapat dielakkan - risiko penyakit kronik seperti masalah jantung, kanser, sakit buah pinggang dan penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dapat dikurangkan dan dapat mengurangkan masalah kesihatan yang pernah dialami- asthma berkurangan, tiada batuk dan berkahak - deria bau kembali baik manakala selera makan bertambah.
Monday, April 18, 2011
Will Against Emotion
Today is the fifth day i quit smoking. Its hard but not impossible. On the first night, i thought my head is going to blow. Its keep telling me how nice it would be if i smoke at that moment. Some people says that quitting smoking habit, just "kacang", but for me its as hard as quitting loving someone you love. My wife and my daughters were my inspiration, so did my money which is still in my wallet. Five days ago I put RM 150 in my wallet, miraclely its still there. Hmm...that's the best thing. I'm sure my wallet is now empty if i'm still smoking for the last five days. Alhamdulilah..
Jawapan Rumusan Para 2
Usaha dilakukan ialah menambah pengambilan guru pelatih membabitkan dua bidang berkenaan. Akhirnya, kekurangan guru dua subjek berkenaan dapat diatasi sepenuhnya. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila akhbar ini kelmarin melaporkan terdapat pula lebihan kira-kira 26,000 guru di seluruh negara, terutama yang mengajar berkenaan. Bilangan yang ramai itu masing-masing dua subjek membabitkan 14,000 guru Sains dan 12,000 lagi guru Matematik. Keadaan itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan pembaziran tenaga kerana kepakaran guru terbabit tidak dimanfaatkan secara optimum. Selepas guru berkenaan mendapat latihan khusus bagi mengajar subjek berkenaan, malangnya kemahiran mereka tidak digunakan sepenuhnya bagi mengajar dua mata pelajaran yang dianggap penting itu.
Sila senaraikan intipati berdasarkan isi petikan yang telah dimerahkan dan ditebalkan. Hantar melalui email khirjohariamajid@gmail.com
Jawapan Rumusan Para 1
Idea Utama
Intipati
1- kekurangan guru bukan isu asing
2- menjejaskan pengajaran dan pembelajaran
3- membebankan guru lain
4- terutama yang membabitkan mata pelajaran kritikal/sains dan matematik.
5- pelbagai langkah diambil untuk mengatasinya. 3/5
Pengetahuan Am
KUALA LUMPUR: Anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor, menahan sembilan warga asing yang dipercayai menjual telefon bimbit tiruan kepada orang awam di sebuah stesen minyak di Gombak di sini, semalam. Ketua Penguat kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, dalam serbuan Ops Tiruan jam 11.40 pagi itu, pihaknya merampas 73 telefon bimbit berjenama pelbagai jenis bersama dua kenderaan yang digunakan suspek bernilai kira-kira RM111,000. Bagaimanapun, katanya, dua lagi kenderaan yang dipandu anggota kumpulan itu berjaya melarikan diri dalam serbuan itu.
Katanya, telefon bimbit itu dipercayai diperoleh daripada sindiket barangan tiruan di sekitar daerah Gombak dan kawasan lain di Selangor, sekali gus kegiatan itu membolehkan kumpulan terbabit mengaut keuntungan besar dengan menjalankan operasi setiap hari bermula dari jam 10.30 pagi hingga lewat malam.
“Telefon tiruan itu dibeli murah daripada pengedar iaitu RM200 hingga RM300 seunit, tetapi mereka menjualnya antara RM500 hingga RM1,000.
“Terdapat juga suspek menawarkan mangsa untuk bertukar telefon dengan telefon tiruan yang lebih canggih,” katanya kepada pemberita selepas melakukan serbuan di sini, semalam.
Othman berkata, pemeriksaan awal suspek mendapati semua suspek dipercayai warga asing dan tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.
“Soal siasat mendapati, empat daripada suspek menggunakan kad pengenalan palsu, manakala selebihnya mempunyai kad pengenalan diri yang diragui. Suspek bertindak licik menggunakan kad pengenalan warga negara palsu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata, serbuan dijalankan hasil daripada aduan orang awam serta pemilik stesen minyak itu yang mendakwa suspek mengganggu keselamatan pengguna stesen minyak berkenaan.
Saturday, April 16, 2011
Rumusan
ADUAN mengenai kekurangan guru di sekolah bukan suatu yang asing. Apabila masalah itu timbul, ia bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malah turut membebankan guru lain. Suatu ketika dulu, kekurangan guru sering ditimbulkan terutama membabitkan subjek kritikal, khususnya Sains dan Matematik. Bagi mengatasi masalah itu, pelbagai langkah dan pendekatan diambil Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
PARA 2
Usaha dilakukan ialah menambah pengambilan guru pelatih membabitkan dua bidang berkenaan. Akhirnya, kekurangan guru dua subjek berkenaan dapat diatasi sepenuhnya. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila akhbar ini kelmarin melaporkan terdapat pula lebihan kira-kira 26,000 guru di seluruh negara, terutama yang mengajar berkenaan. Bilangan yang ramai itu masing-masing dua subjekmembabitkan 14,000 guru Sains dan 12,000 lagi guru Matematik. Keadaan itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan pembaziran tenaga kerana kepakaran guru terbabit tidak dimanfaatkan secara optimum. Selepas guru berkenaan mendapat latihan khusus bagi mengajar subjek berkenaan, malangnya kemahiran mereka tidak digunakan sepenuhnya bagi mengajar dua mata pelajaran yang dianggap penting itu.
PARA 3
Disebabkan guru subjek berkenaan berlebihan, ada antara mereka terpaksa mengajar subjek lain yang tiada kena-mengena dengan opsyen mereka ketika menjalani latihan. Guru yang memiliki kepakaran mengajar subjek Fizik, Kimia dan Biologi diarah mengajar subjek lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris, sudah tentu menimbulkan masalah dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan itu juga pastinya mengecewakan ibu bapa yang mengharapkan anak mereka diajar oleh guru yang mahir dan pakar dalam subjek tertentu.
PARA 4
Kita percaya, tentunya ada guru yang kecewa dan hilang semangat kerana terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi kepakaran mereka. Jika dipaksa mengajar bidang yang tidak diminati, ia bukan saja boleh menghilangkan semangat guru terbabit, malah prestasi pelajar juga akan turut terjejas.Penjelasan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa lebihan guru terbabit bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar kedudukan masalah itu. Lebihan guru itu berlaku sebenarnya disebabkan penempatan untuk mengajar belum dibuat. Graduan bagi opsyen Sains dan Matematik itu belum ditawarkan penempatan berikutan lebihan penawaran guru subjek terbabit di seluruh negara. Justeru, kita harap Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang diwujudkan dapat mencari penyelesaian bagi menangani masalah itu.
PARA 5
Kedua-dua kementerian perlu membuat unjuran yang lebih tepat bagi memenuhi permintaan guru opsyen berkenaan di semua sekolah. Jika unjuran semasa bagi memenuhi kuota pengambilan guru opsyen berkenaan hanya 50 orang, adalah tidak wajar pengambilan guru pelatih dibuat melebihi daripada unjuran berkenaan. Sewajarnya guru pelatih itu ditawarkan opsyen lain yang dikenal pasti berlaku kekurangan, sebelum mereka diterima masuk menjalani latihan. Kita berharap jawatankuasa bersama antara dua kementerian terbabit dapat mencari kaedah dan penyelesaian terbaik agar masalah lebihan guru tidak berulang pada masa depan.
Sumber: Berita Harian
Senaraikan Intipati Bagi Setiap Para. Jawab soalan melalui email khirjohariamajid@gmail.com
Thursday, April 14, 2011
Tips: Alih Bentuk Iklan
Jawatan sebagai : - Konstabel
- Konstabel Tambahan
Taraf jawatan : Tetap
Jawapan
Pasukan Polis DiRaja Malaysia menawarkann jawatan sebagai konstabel tambahan. Jawatan itu bertaraf tetap.
Cara memohon:
Calon-calon hendaklah menghadiri temuduga terbuka berserta dokuman peribadi yang berikut:
Jawapan
Calon yang hendak menghadiri temu duga mesti membawa dokumen peribadi.
3 keping gambar berukuran pasport
Kad pengenalan (berserta 2 salinan fotostat)
Sijil Beranak (berserta 1 salinan fotostat)
Jawapan
Tiga keping gambar berukuran pasport, dua salinan kad pengenalan yang difotostat, dan satu salinan sijil beranak yang difotostat hendaklah dibawa.
Sijil peperiksaan, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sijil kemahiran, jika ada, (berserta 1 salinan fotostat setiap sijil)
Jawapan
Sijil peperiksaan, sijil berhenti sekolah, dan jika ada sijil kemahiran yang lain hendaklah dibawa. Setiap sijil hendaklah difotostat sebanyak satu salinan.
Baju 'T' dan seluar pendek
Alatan tulis – ( Ball point pen )
Jawapan
Baju 'T' dan seluar pendek serta peralatan untuk menulis/alat tulis mesti dibawa.
1 salinan fotostat bagi setiap perkara 3 hingga 5 di atas.
Jawapan
Satu salinan fotostat bagi setiap dokumen daripada perkara ketiga hingga kelima hendaklah disertakan/dibawa.
Kelayakan Fizikal:
Ketinggian melebihi atau sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa sepatu
Berat badan tidak kurang 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita
Ukuran dada yang biasa 81cm dan 86cm ketika menarik nafas bagi calon lelaki sahaja
Lulus ujian penglihatan untuk kedua-dua belah mata dalam ujian berasingan
Tidak buta warna dan pendengaran yang sempurna
Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (termasuk pemeriksaan x-ray).
Jawapan untuk para akhir sila buat sendiri
Tukar bentuk iklan ini ke dalam bentuk bahasa prosa laras bahasa umum. Maksud asal mesti dikekalkan. Elakkan menulis isi yang mempunyai ciri-ciri mengulas atau mentafsir.
Wednesday, April 13, 2011
Skema Jawapan Rumusan : IU dan IS ( Salah laku) pelajar
Idea Utama
1. Kes salah laku dan jenayah yang membabitkan pelajar
sekolah bukan perkara baharu.
2. Media melaporkan banyak pelajar sudah disabitkan kesalahan dan menerima hukluman.
3. Kejadian guru ditumbuk pelajarnya yang bergaduh merupakan satu lagi kes yang
membabitkan pelajar.
Isi 1 -
1.Punca sebenar pelajar mencederakan guru tidak diketahui.
2. Walaupun isu ini tidak serius seperti di negara lain ia tidak boleh dibiarkan berterusan
3. hingga tidak dapat dikawal.
rumusan
Apabila berlaku kes sebegini, kita tertanya-tanya apakah punca sebenar sehingga menyebabkan seorang pelajar tergamak mencederakan gurunya sendiri di kawasan sekolah. Walaupun isu pelajar bertindak kasar terhadap guru di negara ini tidak seteruk seperti kejadian di sesetengah negara lain, namun kita tidak boleh membiarkannya terus berlaku sehingga keadaan menjadi tidak terkawal. Justeru, adalah wajar semua pihak memberi perhatian serius perkembangan tidak sihat ini dan mencari jalan menanganinya secara berkesan.
Sumber : Berita Harian
Tuesday, April 12, 2011
Analisis Bahasa
Analisis Bahasa
SEBUAH syarikat Jerman berminat /\ mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memasarkan produk yang dibangunkan universiti itu di Eropah.
UPM turut menerima banyak pertanyaan mengenai produknya pada pameran itu dari pelabur Asia Barat dan pada masa yang sama mencari //pengedar /\ Eropah.Bagaimanapun, UPM tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara berkenaan. Syarikat utama seperti Siemens, Phillips, Toshiba, General Electric juga menjadi pelanggan UPM.
Satu produk inovatif, yang dibawa UPM adalah collimator wire-mesh, yang digunakan dalam mesin kamera Gamma.
Collimator ialah sejenis peranti yang boleh mengecilkan cahaya dari partikel atau arus.
“Collimator wire-mesh kami meningkatkan jangka hayat atau mesin kamera gamma // di mana bahagian ini juga membantu /\ mengurangkan kos berbanding jika keseluruhan mesin itu diganti dengan yang baru,” kata juru cakap UPM
UPM diwakili tiga peserta pada pameran itu dengan mempamerkan beberapa produk hasil penyelidikan universiti berkenaa
Sementara itu, Duta Malaysia ke Jerman, Datuk Ibrahim Abdullah turut melawat pempamer Malaysia dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka.
Ibrahim sangat serius mengenai langkah meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Jerman melalui perdagangan, budaya dan pendidikan.
**
Tanda // - salah struktur ayat
Tanda /\ tertinggal perkataan yang mungkin menyebabkan kesalahan frasa atau struktur ayat
Perkataan atau frasa diwarnakan dan ditebalkan, menunjukkan kesalahan morfologi atau frasa.
Beri jawapan anda melalui melalui email khirjohariamajid@gmail.com atau comment
Monday, April 11, 2011
Analisis Bahasa
Seorang daripada pelajar Tingkatan Lima itu menyerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang jam 1 petang, kelmarin, manakala seorang lagi ditahan di rumahnya di Marang jam 2 pagi semalam. Sebelas lagi ditahan di rumah masing-masing, Jumaat minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata polis kini memburu seorang lagi suspek, manakala semua suspek /\ ditahan dibebaskan petang semalam selepas diambil keterangan dan sementara menunggu kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya. “Setakat ini, sembilan pelajar /\ ditahan ialah pelajar Tingkatan Lima, dua pelajar Tingkatan Empat dan dua lagi Tingkatan Tiga. Kita mengadakan satu pertemuan dengan keluarga semua suspek terbabit petang semalam (kelmarin) sebelum membebaskan suspek bertujuan meminta ibu bapa mereka mengambil berat perihal anak, supaya tidak terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
“Selain suspek dan keluarga masing-masing, pertemuan yang diatur di IPD Marang itu turut dihadiri pengurusan sekolah termasuk guru, polis dan pegawai pelajaran daerah,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 kanun /\ sama kerana mendatangkan kecederaan.
Akhbar Jumaat lalu melaporkan, sekumpulan 20 pelajar dari sekolah menengah di Marang menceroboh sekolah agama dan membelasah seorang pelajarnya, Wan Nur Azri Wan Mohammad, 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, hingga cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat rasa tidak puas hati.
Mangsa /\ bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Bahagian yang telah diwarnakan atau yang ada tanda perkataan tertinggal mengandungi kesalahan bahasa. Beri komen anda.
Saturday, April 9, 2011
Langkah mengatasi masalah perdagangan barangan tiruan
2. Kempen kesedaran tentang harta intelek perlu ditingkatkan - sebaran malkumat tentang keburukan pencabulan harta intelek,hak cipta jika ditingkatkan akan mengubah kelakuan orang awam- harap wujud budaya dan pemikiran menghormati hak cipta - kempen mengajak orang ramai menggunakan barangan asli melalui media arus perdana.
Thursday, April 7, 2011
Barangan tiruan - Punca semakin banyak dihasilkan dan dijual. Langkah Mengatasinya perlu diambil. Kesannya buruk kepada negara
Barang tiruan dihasilkan apabila sesuatu barangan asli mendapat permintaan yang tinggi - boleh terdiri daripada pelbagai barangan pengguna - ubat, alat ganti, pakaian, aksesori lelaki dan wanita, makanan tambahan, alat elektrik, dll - kalau melawat galeri KPDNHEP kita mungkin sukar jendak percaya ada barangan yang mungkin kita sering gunakan sebelum ini ialah barang tiruan kerana rupanya tidak berbeza dengan barangan yang asli - barang yang diotiru tak semestinya barang berjenama yang mahal sahaja - ada barang murah yang digunakan pengguna setiap hari turut jadi mangsa - panadol pernah ditiru, rokok juga ditiru. Terdapat banyak punca barangan ini terus dikeluarkan dan dijual. Langkah perlu diambil untuk melindungi pengguna dan hakcipta pengeluar, dan negara kerana kesan penghasilan dan perdagangan barangan tiruan meninggalkan kesan buruk kepada negara.
Punca Barangan Tiruan Banyak Dikeluarkan dan Dijual
1. Kemunculan sikap mengagung-agung barangan berjenama - terutama dalam kalangan masyarakat yang tidak berkemampuan / berpendapatan rendah - ingin bergaya - mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status - beli nyang tiruan dapat mengisi kepuasan diri itu.
2. Harga yang murah menyebabkan permintaan menjadi tinggi -rupa fizikal hampir sama dengan produk asal/ kualiti pula ada yang tinggi,- cth jersi bolasepak dikategorikan dalam gred A,B, dan C. Barangan asli pula terlalui tinggi misalnya, jersi asli RM 200 dan ke atas. Kos pembuatan pula lebih murah, modal jualan juga rendah - ini semua menggalakkan perniagaan barangan tiruan.
3. Kesedaran tentang harta intelek dan ilmu kepenggunaan yang rendah dalam kalangan masyarakat - menganggap berjual beli barangan tiruan bukan kesalahan besar.
4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - tindakan bermusim - bertindak berdasarkan laporan sahaja - sukar kawal sebab melibatkan jumlah orang terlibat yang banyak - KPDNHEP pula kurang kakitangan - wujud pula masalah rasuah dalam kalangan penguatkuasa- undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.