Monday, April 11, 2011

Analisis Bahasa

Dua lagi pelajar sekolah menengah di Marang yang menceroboh sekolah agama dan membelasah pelajar sekolah itu, Khamis lalu ditahan semalam.

Seorang daripada pelajar Tingkatan Lima itu menyerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang jam 1 petang, kelmarin, manakala seorang lagi ditahan di rumahnya di Marang jam 2 pagi semalam. Sebelas lagi ditahan di rumah masing-masing, Jumaat minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata polis kini memburu seorang lagi suspek, manakala semua suspek /\ ditahan dibebaskan petang semalam selepas diambil keterangan dan sementara menunggu kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya. “Setakat ini, sembilan pelajar /\ ditahan ialah pelajar Tingkatan Lima, dua pelajar Tingkatan Empat dan dua lagi Tingkatan Tiga. Kita mengadakan satu pertemuan dengan keluarga semua suspek terbabit petang semalam (kelmarin) sebelum membebaskan suspek bertujuan meminta ibu bapa mereka mengambil berat perihal anak, supaya tidak terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Selain suspek dan keluarga masing-masing, pertemuan yang diatur di IPD Marang itu turut dihadiri pengurusan sekolah termasuk guru, polis dan pegawai pelajaran daerah,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 kanun /\ sama kerana mendatangkan kecederaan.

Akhbar Jumaat lalu melaporkan, sekumpulan 20 pelajar dari sekolah menengah di Marang menceroboh sekolah agama dan membelasah seorang pelajarnya, Wan Nur Azri Wan Mohammad, 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, hingga cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat rasa tidak puas hati.
Mangsa /\ bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.



Bahagian yang telah diwarnakan atau yang ada tanda perkataan tertinggal mengandungi kesalahan bahasa. Beri komen anda.

No comments:

Post a Comment