Hari ini ialah hari ke-6 saya berhenti merokok. Semalam saya makan 3 biji Niquitin sahaja berbanding dengan hari pertama saya makan 12 biji. Orang yang berhenti merokok akan rasa seolah-olah kerogkongnya tercekik, umpama rasa gatal termakan keladi yang gatal. Air liur akan memekat di bahagian kerongkong manakala otak pula sudah mula seolah-olah ingin mengkhianati semangat. Walau bagaimanapun hari ini saya pasti akan berjaya lagi. Kebaikannya?
1. Jimat duit - ada peluang hendak menyimpan wang - sebulan paling kurang RM300 -wang juga dapat dijimatkan untuk kos perubatan akibat merokok - pembaziran dapat dielakkan.
2. Bertambah sihat - tiada masalah pernafasan - banyak penyakit dapat dielakkan - risiko penyakit kronik seperti masalah jantung, kanser, sakit buah pinggang dan penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dapat dikurangkan dan dapat mengurangkan masalah kesihatan yang pernah dialami- asthma berkurangan, tiada batuk dan berkahak - deria bau kembali baik manakala selera makan bertambah.
No comments:
Post a Comment