Monday, April 18, 2011

Pengetahuan Am


SEORANG pegawai  KPDNKK memeriksa telefon bimbit jenama tiruan dalam operasi di sebuah stesen minyak di MRR2 Gombak, semalam.
SEORANG pegawai KPDNKK memeriksa telefon bimbit jenama tiruan dalam operasi di sebuah stesen minyak di MRR2 Gombak, semalam.
Warga asing dicekup dalam operasi bersama KPDNKK, JPN

KUALA LUMPUR: Anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor, menahan sembilan warga asing yang dipercayai menjual telefon bimbit tiruan kepada orang awam di sebuah stesen minyak di Gombak di sini, semalam. Ketua Penguat kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, dalam serbuan Ops Tiruan jam 11.40 pagi itu, pihaknya merampas 73 telefon bimbit berjenama pelbagai jenis bersama dua kenderaan yang digunakan suspek bernilai kira-kira RM111,000. Bagaimanapun, katanya, dua lagi kenderaan yang dipandu anggota kumpulan itu berjaya melarikan diri dalam serbuan itu.

Katanya, telefon bimbit itu dipercayai diperoleh daripada sindiket barangan tiruan di sekitar daerah Gombak dan kawasan lain di Selangor, sekali gus kegiatan itu membolehkan kumpulan terbabit mengaut keuntungan besar dengan menjalankan operasi setiap hari bermula dari jam 10.30 pagi hingga lewat malam.

“Telefon tiruan itu dibeli murah daripada pengedar iaitu RM200 hingga RM300 seunit, tetapi mereka menjualnya antara RM500 hingga RM1,000.

“Terdapat juga suspek menawarkan mangsa untuk bertukar telefon dengan telefon tiruan yang lebih canggih,” katanya kepada pemberita selepas melakukan serbuan di sini, semalam.
Othman berkata, pemeriksaan awal suspek mendapati semua suspek dipercayai warga asing dan tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Soal siasat mendapati, empat daripada suspek menggunakan kad pengenalan palsu, manakala selebihnya mempunyai kad pengenalan diri yang diragui. Suspek bertindak licik menggunakan kad pengenalan warga negara palsu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, serbuan dijalankan hasil daripada aduan orang awam serta pemilik stesen minyak itu yang mendakwa suspek mengganggu keselamatan pengguna stesen minyak berkenaan.

No comments:

Post a Comment