Minda Pengarang: Wanita luar bandar perlu latihan khusus tingkat pendapatan
2010/12/10
PARA 1PERANAN wanita hari ini dalam membangunkan negara sama pentingnya dengan lelaki. Sebab itulah kerajaan tidak pernah sama sekali mendiskriminasi wanita di negara ini kerana mereka juga mempunyai peranan penting dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.
PARA 2
Dalam apa juga program kerajaan, wanita tidak pernah dipinggirkan. Kewujudan kementerian khusus untuk wanita iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ialah bukti kerajaan tidak mengabaikan peranan wanita, sebaliknya mengiktiraf sumbangan mereka.
PARA 3
PARA 4
Itulah antara matlamat kerajaan seperti ditegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melahirkan lebih ramai wanita berkemahiran sekali gus meningkatkan pendapatan dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Timbalan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucap utama pada Sidang Kemuncak Wanita 2010 kelmarin, yakin wanita dapat membantu kerajaan mengharungi persaingan ekonomi global jika mereka diberi kemahiran yang bersesuaian.
PARA 5
Seiring dengan misi negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, sewajarnya pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik diperkasakan. Penyertaan wanita dalam tenaga kerja di negara ini berjaya ditingkatkan daripada 44.7 peratus pada 1995 kepada 46.4 peratus pada 2009 dan sasaran sehingga 55 peratus menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).
PARA 6
Selain meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja, menambah bilangan wanita pada peringkat pembuat dasar serta menyediakan program sokongan kepada wanita teraniaya dan ibu tunggal perlu dilaksanakan sebagai satu usaha berterusan. Sasaran untuk meletakkan kira-kira 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dan dasar dalam kerajaan hampir tercapai berikutan komitmen kerajaan untuk terus mengiktiraf kebolehan mereka.
Bagi wanita yang tinggal di luar bandar terutama di kampung, satu program latihan khusus perlu dilaksanakan bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan. Langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan pelbagai skim meningkatkan potensi dan kemahiran wanita luar bandar supaya mereka mampu menyertai sektor pekerjaan bagi menambah pendapatan keluarga.
PARA 7
Menyediakan mereka dengan kemahiran bersesuaian dapat memastikan kehidupan mereka lebih terjamin. Kita percaya semua usaha kerajaan itu termasuk untuk melahirkan 4,000 usahawan wanita menjelang 2012 di luar bandar dapat direalisasikan.
Jawapan Rumusan akan diberi selepas pelajar memberi jawapan sama ada melalui email atau comment. Jawab para demi para.
No comments:
Post a Comment