Wednesday, July 27, 2011

Yang Mana Satu Betul!

Yang Dipertua, Yang di-Pertua, Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan


Pengguna bahasa Melayu masih keliru mengeja frasa Yang Dipertua, Yang di-Pertua, Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan. Kekeliruan ini mungkin disebabkan oleh ketidakselarasan penggunaan frasa tersebut, terutamanya dalam media cetak seperti akhbar dan majalah.

Mulai tahun 2000, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Jawatankuasa Biro Pengaduan Bahasa telah memutuskan untuk menyelaraskan ejaan bagi frasa tersebut. Tiga bentuk penulisan yang betul telah diputuskan, iaitu Yang Dipertua, Yang di-Pertua dan Yang di-Pertuan manaka ejaan Yang Dipertuan dianggap salah. Penggunaan ketiga-tiga frasa tersebut adalah khusus untuk jawatan atau pangkat tertentu:

(i) Frasa Yang Dipertua digunakan khusus untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan, contohnya:
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu
Yang Dipertua Dewan perniagaan Cina Malaysia
Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

(ii) Bagi ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri, frasa yang digunakan ialah frasa Yang di-Pertua, contohnya:
Yang di-Petua Dewan Negara
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Negeri

(iii) Frasa Yang di-Pertuan pula digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri, contohnya:
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan)
Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak)

Catatan:
Penggunaan bentuk ejaan Yang di-Pertua dan Yang di-Pertuan ini adalah selaras dengan bentuk yang digunakan secara rasmi oleh Jabatan Perdana Menteri dan bentuk ini juga telah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: Koleksi Pedoman Bahasa 2, muka surat 2, terbitan Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tips Untuk Memperoleh 3m Dalam Isi Karangan

1. Ayat pertama mesti dapat menunjukkan idea utama perenggan dengan jelas dan relevan dengan isu dan skop soalan.

2. Huraian mesti mengandungi isi-isi yang menyokong idea utama - mesti sentiasa FOKUS pada skop dan kehendak soalan.

3. Buktikan fakta anda dengan fakta yang relevan, matang, bernas, dan meyakinkan pemeriksa.

4. Bukti boleh terdiri daripada hujah ilmiah, peristiwa sebenar, pandangan umum, pandangan tokoh, statistik, data/ angka - yang semuanya mesti berfokus pada idea utama seperti yang dinyatakan dalam ayat pertama anda.

5. Jangan kurang 80 patah perkataan. Pengiraan perkataan adalah berdasarkan perkataan demi perkataan ( word by word), kecuali kata ganda.

Contoh Pengiraan : Tun Mahathir (2pp), Cikgu Marina (2pp), Kampung Paya Rumput (3pp), kura-kura (1pp), kanak-kanak (1pp), barang-barang (1pp)



*

Tuesday, July 26, 2011

KATA TUGAS


Contoh

subgolongan

Tugas

  • Dan, atau, tetapi, serta
  • Kerana, ketika, kalau
  • Gabungan
  • hubungan

Menghubungkan ayat atau klausa.

Aduh, amboi, wah syabas, oh, cis

Kata seru

Menunjukkan seruan

Mengapa bila, berapa, bagaimana, apa, siapa

Kata tanya

Menyoal atau bertanya

Jangan, usah,

sila, jemput

tolong, minta, harap

Kata perintah

  • Larangan
  • Silaan
  • permintaan

Menimbulkan

Tindakan balas

Ya, benar, betul

Kata pembenar

Membenarkan sesuatu

Maka, hatta, adapun, syahdan

Kata pangkal ayat

Menandakan kesinambungan ayat

Telah, sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum.

Hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat.

Kata bantu

Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama.

Amat, sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar, nian.

Kata penguat

Menguatkanmaksud suatu adjektif

-kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi

Kata penegas

Menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat

  • Bukan
  • tidak

Kata nafi

Menafikan sesuatu. Tidak doikuti kata nama dan kata adjektif, bukan diikuti sendi nama

  • Ialah
  • adalah

Kata pemeri

Memerikan hal atau merangkaikan subjek dengan predikat.

Di, ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama, bagai.

Kata sendi nama

Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama

Atas, bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam luar, samping, timur, barat.

Kata arah

Menunjukkan arah atau hala

  • Satu, dua, sepuluh, seratus, sejuta
  • Banyak, sedikit, beberapa, semua, para
  • Sekalian, segala, seluruh
  • Sesetengah, separuh, dua pertiga, sepertiga
  • Kedua-dua, bertahun, berbakul-bakul, beratus-ratus.

Kata bilangan

Menerangkan bilangan atau jumlah

-nya

Kata penegas

Memberi penegasan bagi kata yang digandingi

-nya

Kata pembeda

Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama

Saturday, July 23, 2011

Thursday, July 21, 2011

REPLAY

Kesalahan Frasa yang Lazim Dalam Karangan

1. juga turut - juga/turut
2. eksport ke luar negara - eksport
3. import dari negara luar - import
4. berkaitan dengan - berkaitan/ berkait dengan
5. berbanding perkara lain - berbanding dengan
6. hanya industri kecil sahaja - hanya industri kecil/ industri kecil sahaja
7. gagal mahupun - baik gagal mahupun
8.Dia sakit namun.. - Walaupun dia sakit namun....
9. memberitahu kepada Ali - memberitahu Ali
10. meningkatkan lagi tanaman getah - meningkatkan tanaman getah lagi

Wednesday, July 20, 2011

Hukum D-M



Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M).

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:

Kesalahan Padanan bahasa Inggeris Pembetulan
dalam lain perkataan in other words dengan kata-kata lain
lain-lain perkara other matters perkara-perkara lain
Minah Restoran Minah Restaurant Restoran Minah
Dunlop tayar Dunlop tyre tayar Dunlop
goreng pisang fried banana pisang goreng
cili sos chilli sauce sos cili



Monday, July 18, 2011

Bagaimana hendak Eja?

Pola Keselarasan Huruf Vokal

(i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.

(ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

(iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Bil.

Suku kata praakhir

Suku kata Akhir Tertutup

Contoh Penggunaan

1.

a

a

asal talak halaman

2.

a

i

alih tarik parit

3.

a

u

asuh datuk baruh

4.

e (pepet)

a

emas kelam selam

5.

e (pepet)

i

betik ketil lebih

6.

e (pepet)

u

belut telur perut

7.

e (taling)

a

elak dewan perang

8.

e (taling)

e (taling)

belek gelek leceh

9.

e (taling)

o

elok belok telor

10.

i

a

bilah kilang selinap

11.

i

i

intip pilih sisih

12.

i

u

pikul ribut tidur

13.

o

a

otak borang sekolah

14.

o

e (taling)

oleh boleh celoteh

15.

o

o

obor borong kelompok

16.

u

a

ulat bulat ketupat

17.

u

i

ulit kulit putih

18.

u

u

untuk buluh seluruh



Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Bil

Pola

Vokal

Contoh Bahasa Nusantara

Contoh Bahasa Inggeris

1.

a-e taling

aneh kaget pamer

kabaret panel

2.

a-o

calon lapor perabot

atom faktor

3.

e pepet – e taling

gembleng


4.

e pepet – o

bendok jempol

gabenor interkom

5.

i-e taling

imlek

simen tiket

6.

i-o

ijon pilon

diftong transistor

7.

u-e taling

tulen ulet

subjek dokumen

8.

u-o

bunglon lelucon

kupon konduktor

9.

a-e pepet

pakem

teater

10.

e taling


hipotesis objektif

11.

e taling-u


petroleum spektrum

12.

e pepet – e pepet

demdem pepet


13.

i-e pepet

iseng

artikel filem

14.

o-i


fosil hipokrit

15.

o-u


bonus forum

16.

u-e pepet

lumer

skuter

17.

e taling – e pepet


meter

18.

o-e pepet


Oktober