Monday, July 11, 2011

Jawapan Latihan Cikgu Ramli [1-6]

Bil Ayat

Kesalahan

Pembetulan

Sebab kesalahan

1/1

Di beli

dibeli

Sendi nama ‘di’ tidak boleh hadir sebelum kata kerja. Ia hadir sebelum kata nama / frasa nama

1/2

Dibeli oleh kami

Kami beli

Kesalahan struktur ayat pasif gantinama diri pertama

1/3

Daripada Jepun

Dari Jepun

Sendi nama dari hadir sebelum kata nama yang membawa maksud arah, tempat dan masa.

2/1

Mata pelajaran

Mata pelajaran

Kata nama majmuk sepatutnya dieja dua perkataan kecual;i yang sudah mantap

2/2

Jawatan kuasa

jawatakuasa

Kata nama majmuk yang dianggap telah mantap ejaannya ,dieja dengan satu perkataan

2 /3

disekolahnya

Di sekolahnya

Sama no 1/1

3/1

Banyak usaha-usaha

Banyak usaha

Objek tidak perlu digandakan apabila menerima kata bilangan jamak.

3/2

Yang mereka lakukan

Yang dilakukan oleh mereka

Kesalahan struktur ayat pasif gantinama diri ketiga

3/3

memperluaskan

memperluas

Imbuhan apitan memper...kan yang digunakan untuk kata adjektif dianggap lewah

3/4

Di kalangan

Dalam kalangan

Sendi nama ‘dalam’ digunakan untuk menerangkan kata nama /frasa nama yang mempunyai ruang. “DI” untuk menerangkan kata nama yang menerangkan tempat.

3/5

dinegara

Di negara

Sama no 1/1

3/5

malaysia

Malaysia

Nama khas dieja dengan huruf besar

3/5

OGOS

Ogos

Huruf besar hanya pada pangkal perkataan bagi kata nama khas

4/1

agong

agung

Hukum keselarasan vokal ejaan bahasa Melayu – a-u kecuali kata nama khas Yang Dipertuazn Agong dan kata pinjaman asing, cth. Perabot.

4/2

Ke 31

Ke-31

Tanda sempang seharusnya digunakan sebelum nombor yang menerimas sendi ‘ke’

4/3

dinegara

Di negara

Sama no 1/1

5/1

Calun-calun

Calon-calon

Kekecualian hukum keselarasan vokal ejaan bahasa Melayu ‘a-u’ untuk kata pinjaman asing.

5/2

pelusuk

pelosok

Sama 5/1

5/3

mengenalpasti

Mengenal pasti

Sama 2/1

5/4

mejanya

Meja mereka

Gantinama untuk menunjukkan bilangan jamak ialah’ mereka’ bukannya ‘nya’ bagi menerangkan maksud calon-calon

5/5

didalam

Di dalam

Sama 1/1

6/1

bila

apabila

Bila bukan kata hubung

6/2

kebanyakkan

kebanyakan

Imbuhan kata nama terbitan ialah ‘an’ bukan ‘kan’

6/3

melancung

melancong

Sama 5/1





No comments:

Post a Comment