Kenal pasti kesalahan, betulkannya, dan beri alasan anda
Pertambahan kes-kes kehilangan kanak-kanak dan kes-kes rogol yang melibatkan kanak-kanak kecil selepas dari kematian tragis Nurin, menunjukkan dengan jelas tidak semua ibu bapa mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.Kurangnya kesedaran ibu bapa terhadap bahaya yang menanti anak-anak mereka menjelaskan tahap mentaliti ibu bapa khasnya golongan bawahan yang mengambil mudah aspek keselamatan anak-anak mereka. Justeru itu, kita tidak boleh mengharapkan tahap kesedaran ini akan meningkat. Kes-kes yang sama pasti akan berlaku terutamanya bila penjenayah masih lagi bebas dan masalah kebanjiran pendatang asing semakin meningkat.Saya melihat NURIN ALERT adalah merupakan cara terbaik yang boleh kita fikirkan. Namun, kejayaan Nurin Alert hanya boleh dicapai seandainya seluruh komuniti kejiranan dan rakyat Malaysia menjadi 'matanya'. Jika hanya setakat seorang dua, NURIN ALERT hanya akan tinggal sebagai nama sahaja.
No comments:
Post a Comment