Ayat | Kesalahan | Pembetulan | Sebab Kesalahan |
7/1 | bolasepak | Bola sepak | Kata nama majmuk yang tidak mantap dieja dengan dua perkataan.* |
7/2 | Ke XIV | Ke-XIV | Tanda sempang digunakan sebelum angka yang menerima kata sendi ‘ke’ |
7/3 | Kedua pemimpin | Kedua-dua pemimpin | Kata bilangan himpunann mesti digandakan. |
8/1 | Penolong pegawai pendidikan-penolong pegawai pendidikan seluruh... | Penolong pegawai pendidikan seluruh... | Kata bilangan himpunan ‘seluruh’ menjadi penanda jamak yang menyebabkan objek tidak perlu digandakan. Penggandaan objek menyebabkan unsur lewah. |
8/2 | Tanahair | Tanah air | Sama 7/1 |
8/3 | taklimatnya | Taklimat mereka | Ganti nama diri untuk menunjukkan himpunan kata nama yang menunjukkan bilangan jamak tidak tepat. |
9/1 | injin | Enjin | Kata pinjaman dieja tanpa mengubah bunyi asalnya |
9/2 | Juru teknik | juruteknik | Imbuhan mesti dieja serangkai dengan kata akar |
9/3 | diistiharkan | diisyhtiharkan | Sama9/1 |
10/1 | Semua buku-buku | Semua buku | Sama 8/1 |
10/2 | dicop | dicap | Penggunaan kata yang tidak tepat dan mengubah maksud atau mengelirukan maksud asal ayat.** |
10/3 | Sebilangan pelajar-pelajar | Sebilangan pelajar | Sama 10/1 |
11/1 | Daripada Malaysia | Dari Malaysia | Sendi nama ‘dari’ sepatutnya digunakan sebelum kata nama yang merujuk tempat. |
11/2 | Dipilih menyertai | Dipilih untuk menyertai | Kata hubung komplemen sepatutnya hadir dalam ayat komplemen. |
11/3 | rekacipta | Reka cipta | Sama 7/1 |
11/4 | Antara bangsa | antarabangsa | Sama 7/1 |
12/1 | Di akhir | Pada akhir | Sendi nama ‘di’tidak boleh digunakan sebelum kata nama yang merujuk masa. |
12/2 | Di kemukakan | dikemukakan | ‘di’ sepatutnya menjadi imbuhan bukan sendi nama kerana pembinaan kata kerja. |
12 | ...berdasarkan. | Berdasarkan laporan sebelumnya | Ayat tergantung predkikat tidak lengkap/tidak jelas. |
*bolehkah sepak bola?
**cop ialah alat untuk mengupas kelapa
No comments:
Post a Comment