Monday, July 11, 2011

Analisis Bahasa

UJI MINDA: LATIHAN TATABAHASA : sumber Tuan Ramli Yahya

(LATIHAN EJAAN)

LATIHAN 1: MENGESAN KESALAHAN KATA ATAU FRASA DALAM AYAT

1. Kereta yang baru di beli oleh kami itu sangat mahal sekali harganya kerana ianya diimport daripada Jepun.

2. Aiman mendapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan dia telah dilantik sebagai ahli jawatan kuasa Persatuan Bahasa Melayu disekolahnya.

3. Terdapat banyak usaha-usaha yang mereka lakukan untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan penduduk dinegara ini sejak malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 OGOS 1957.

4. Mesyuarat agong P.I.B.G kali ke 31 akan dijalankan serentak dengan majlis perasmian SUKMA kali ke-X yang berlangsung dinegeri Terengganu Darul Iman.

5. Calun-calun peperiksaan yang datang dari seluruh pelusuk negara ini dikehendaki datang lebih awal untuk mengenalpasti kedudukan mejanya didalam dewan peperiksaan.

6. Bila cuti sekolah bermula kebanyakkan pelajar telah membuat perancangan untuk melancung keluar negeri.

7. Pertandingan Bolasepak Bawah 15 Tahun kali ke XIV itu telah dihadiri kedua pemimpin negara itu.

8. Penolong Pegawai Pendidikan-Penolong Pegawai Pendidikan seluruh tanahair itu telah menyampaikan taklimatnya.

9. Injin motosikal yang diubah suai oleh juru teknik syarikat itu telah diistiharkan sebagai pemenang tempat ke-2.

10. Semua buku-buku latihan yang telah dicop oleh kami telah dihantar kepada sebilangan pelajar-pelajar di dalam kelas hari ini.

11. Peserta daripada Malaysia telah dipilih menyertai pertandingan rekacipta peringkat antara bangsa melalui e-mail yang dikirim pagi semalam.

12. Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, semua pelajar dapat menjawab 8 daripada 10 soalan yang di kemukakan dengan tepat berdasarkan.

Latihan ini dipetik dari blog cikgu Ramli Yahya - terima kasih

3 comments:

  1. 7. bolasepak
    pembetulan: bola sepak
    7. telah dihadiri kedua
    pembetulan:telah dihadiri oleh kedua

    8. Penolong Pegawai Pendidikan-Penolong Pegawai Pendidikan
    pembetulan:penolong pegawai pendidikan
    8.tanahair
    pembetulan: tanah air

    9.Injin
    pembetulan:enjin
    9.juru teknik
    pembetulan:juruteknik
    9.diistiharkan
    pembetulan: diisytiharkan

    10. Semua buku-buku latihan
    pembetulan:semua buku latihan/buku-buku latihan
    10.sebilangan pelajar-pelajar
    pembetulan:sebilangan pelajar

    11. telah dipilih menyertai pertandingan
    pembetulan:telah dipilih untuk menyertai pertandingan
    11.antara bangsa
    pembetulan:antarabangsa

    12. tak tau.haha
    betol tak cikgu? komen2.cikgu da buat jawapan sampai 6.saya sambung buat sampai habis.

    ReplyDelete
  2. jawapan yang baik ada yang betul ada yang salah,. Yang betul tu baguih, yang salah laaagii baguih sebab people learn from their mistakes. Lihat jawapan saya dalam entri 15 Julai 2o11

    ReplyDelete
  3. okeyh.tahnx cikgu.

    ReplyDelete