Hukum D-M
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M).
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:
Kesalahan | Padanan bahasa Inggeris | Pembetulan |
---|---|---|
dalam lain perkataan | in other words | dengan kata-kata lain |
lain-lain perkara | other matters | perkara-perkara lain |
Minah Restoran | Minah Restaurant | Restoran Minah |
Dunlop tayar | Dunlop tyre | tayar Dunlop |
goreng pisang | fried banana | pisang goreng |
cili sos | chilli sauce | sos cili |
macam mane hukum D-M ni cikgu. tak paham.
ReplyDeleterujuk tatabahasa dewan...
ReplyDelete