Wednesday, July 13, 2011
Surat Kepada Khir
Apa khabar, masih marahkah lagi? Janganlah begitu nanti kau akan dapat penyakit dan cepat kelihatan tua. Itukan perkara kecil sahaja. Selama ini kau selalu maafkan dirinya, mengapa tidak hari ini? Hmm...begitulah sepatutnya, sabar itu bukankah buahnya amat manis? Lagi satu. Hari ini memandu laju lagikah? Janganlah asyik berjanji tapi tidak dikotakan. Kalau kau boleh berhenti merokok tentu kau boleh berhenti daripada memandu laju-laju bukan? Semalam aku bangga dengan kau kerana dapat menyiapkan tugasan-tugasan yang kau rancang. Audit, sinopsis, student exercises. Hari ini harapkan kau akan buat sesuatu yang dapat menyeronokkan hati isteri, anak, dan kawan-kawan. Dengarnya Qistina semalam minta kolamnya ditampal, buatlah apa salahnya. Lama dah permintaan itu. Anyway good luck Khir for today, bye.
Labels:
Surat Kepada Khir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment