Thursday, April 7, 2011

Barangan tiruan - Punca semakin banyak dihasilkan dan dijual. Langkah Mengatasinya perlu diambil. Kesannya buruk kepada negara

Pendahuluan

Barang tiruan dihasilkan apabila sesuatu barangan asli mendapat permintaan yang tinggi - boleh terdiri daripada pelbagai barangan pengguna - ubat, alat ganti, pakaian, aksesori lelaki dan wanita, makanan tambahan, alat elektrik, dll - kalau melawat galeri KPDNHEP kita mungkin sukar jendak percaya ada barangan yang mungkin kita sering gunakan sebelum ini ialah barang tiruan kerana rupanya tidak berbeza dengan barangan yang asli - barang yang diotiru tak semestinya barang berjenama yang mahal sahaja - ada barang murah yang digunakan pengguna setiap hari turut jadi mangsa - panadol pernah ditiru, rokok juga ditiru. Terdapat banyak punca barangan ini terus dikeluarkan dan dijual. Langkah perlu diambil untuk melindungi pengguna dan hakcipta pengeluar, dan negara kerana kesan penghasilan dan perdagangan barangan tiruan meninggalkan kesan buruk kepada negara.

Punca Barangan Tiruan Banyak Dikeluarkan dan Dijual

1. Kemunculan sikap mengagung-agung barangan berjenama - terutama dalam kalangan masyarakat yang tidak berkemampuan / berpendapatan rendah - ingin bergaya - mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status - beli nyang tiruan dapat mengisi kepuasan diri itu.

2. Harga yang murah menyebabkan permintaan menjadi tinggi -rupa fizikal hampir sama dengan produk asal/ kualiti pula ada yang tinggi,- cth jersi bolasepak dikategorikan dalam gred A,B, dan C. Barangan asli pula terlalui tinggi misalnya, jersi asli RM 200 dan ke atas. Kos pembuatan pula lebih murah, modal jualan juga rendah - ini semua menggalakkan perniagaan barangan tiruan.

3. Kesedaran tentang harta intelek dan ilmu kepenggunaan yang rendah dalam kalangan masyarakat - menganggap berjual beli barangan tiruan bukan kesalahan besar.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - tindakan bermusim - bertindak berdasarkan laporan sahaja - sukar kawal sebab melibatkan jumlah orang terlibat yang banyak - KPDNHEP pula kurang kakitangan - wujud pula masalah rasuah dalam kalangan penguatkuasa- undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.



5 comments: